BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya ingin bertanyakan soalan berkenaan membeli tudung yang mahal harga lebih kurang RM50 ke atas. Jika saya masih hidup tetapi tidak memakai tudung tersebut adakah perlu membayar zakat dan setelah meninggal dunia apakah yg perlu dibuat dengan tudung tersebut.


message user image

Jawapan  

 .وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

 .الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Berdasarkan soalan puan, tudung atau pakaian tidak termasuk di dalam kategori harta yang diwajibkan zakat. Namun begitu, tudung termasuk dalam harta yang perlu difaraidkan kepada penerima atau waris yang berhak kerana ia masih dianggap sebagai harta pusaka selepas pemiliknya meninggal dunia. Pembahagian boleh dibuat melalui perbincangan atau persetujuan ahli waris. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 141

message user image