Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Ketika bulan Ramadhan yang lepas, saya telah terlanjur dengan melakukan hubungan suami isteri pada siang hari. Saya difahamkan ada 2 cara utk membayar denda tersebut 1) Berpuasa selama 60 hari berturut tanpa skip 2) memberi makan seramai 60 orang fakir miskin Setiap kali saya ingin melakukan puasa 6 di dalam bulan Syawal tersekat, kerana saya perlu bayar puasa ganti tu terlebih dahulu. Soalan saya, bagaimana saya perlu buat? Boleh tak kalau sekiranya saya lakukan pilihan kedua sahaja tanpa berpuasa 60 hari itu, kerana amat berat untuk saya. Bagaimana pula sekiranya perkara yang sama berlaku pada Ramadhan yang tahun lepas dan tahun sebelumnya yang mana masih belum diganti2 lagi.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, berkenaan kaffarah melakukan persetubuhan pada siang hari di bulan Ramadhan yang dilakukan pada tahun semasa dan tahun sebelumnya, hendaklah berpuasa selama 2 bulan berturut. Kaffarahnya tidak bertambah. Turutan kaffarah hendaklah berpuasa terlebih dahulu, tidak boleh terus memberi makan kepada 60 orang miskin. Wajib ditunaikan kerana ia merupakan hutang atau denda terhadap perbuatan melanggar hukum Allah SWT. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.