BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan.

Bolehkah digunakan duit dari akaun masjid/surau untuk pembelian hadiah untuk cabutan baraqah/cabutan bertuah/cabutan rezeki.

Tujuan cabutan baraqah untuk menarik lebih ramai penyertaan dari ahli kariah untuk sesuatu program seperti Karnival Masjid,Mesyuarat Agung,Sambutan Maulidur Rasul dan sambutan hari-hari kebesaran Islam yang lain.

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Pada asasnya duit tabung sumbangan khusus untuk tujuan tertentu tidak boleh digunakan untuk selain daripada tujuan yang telah dikhususkan itu, sebagai contoh tabung pembinaan, tabung anak yatim, tabung kebajikan anak kariah dan lain-lain lagi. 

Sebaliknya jika tabung yang diwujudkan itu tidak dikhususkan untuk tujuan tertentu maka ia tertakluk kepada pengurusan masjid untuk memanfaatkan sumbangan tersebut untuk kemaslahatan semula kepada masjid dan ahli kariah baik dalam apa jua bentuk yang difikirkan sesuai dan releven, pada masa yang sama tidak menjadi perbalahan dalam kalangan ahli kariah. Sebaiknya perkara ini dibangkit dan dibincangkan secara terbuka bagi mendapatkan pandangan serta buah fikiran ahli jemaah masjid.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.                                                                     


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 223

message user image