BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

As salam...saya nak buat pertanyaan...ibubapa sy meninggal dunia tinggalkan rumah atas nama kakak saya..kami ada 4 irang adik beradik..3 perempuan 1 lelaki..rumah peninggalan tersebut masih dalam keadaan berhutang..walaupon rumah tersebut atas nama kakak sy sahaja..semua anak2 kongsi bayar hutang tersebut sampai abis..persoalan saya bolehkah penama rumah tersebut menjualkan rumah itu..dan perlukah buat pembahagian faraid? Itu sahaja terima kasih...


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Harta peninggalan yang dimiliki oleh ibu bapa (si mati) perlu difaraidkan. Manakala harta yang tidak dimiliki oleh si mati, tidak tertakluk kepada hukum-hakam faraid. Berkenaan status rumah peninggalan ibu dan ayah yang didaftarkan atas nama kakak bergantung kepada perjanjian atau persetujuan awal mereka berbuat demikian. Seandainya pendaftaran itu hanya sekadar untuk meminjam nama kakak, maka rumah tersebut dari segi syarak adalah merupakan harta pusaka yang wajib difaraidkan. Namun sekiranya di dalam perjanjian tersebut rumah itu merupakan milik kakak, maka ia bukan harta pusaka yang perlu difaraidkan dan terserah kepada kakak untuk melakukan apa yang terbaik terhadap rumah tersebut.

Walau bagaimanapun, perlu diambil perhatian bahawa dari segi undang-undang, pemilikan sesuatu harta akan dilihat berdasarkan nama yang didaftarkan pada harta tersebut.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 143

message user image