BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya nk bertanya bagi pihak ibu mengandung. Bila perut dh makin membesar jadi kaki tak boleh rapat ketika sujud. Boleh saya tahu keadaan tapak kaki ketika sujud untuk ibu mengandung? Adakah perlu rapatkan kedua belah tapak kaki atau selari dgn peha ( yang tak boleh rapat atas keadaan perut yang besar)?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Dalam keadaan sujud, bagi lelaki, mereka tidak perlu merapatkan peha dengan perut mereka manakala lengan direnggangkan daripada tubuh. Sebaliknya bagi perempuan, siku perlu dirapatkan ke perut manakala kedua belah kaki dirapatkan. Sekiranya terdapat halangan seperti mengandung dan sebagainya, maka rapatkan hanya sekadar termampu tanpa memudharatkan diri dan kandungan.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 50

message user image