Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Keadaan :
Saya tinggal di Petaling Jaya dan bekerja di Kajang di mana jarak perjalanan adalah melebihi 11 KM.
Pada hari Isnin yang lalu, saya dijadualkan untuk ke Kelantan pada jam 2 petang bagi satu penugasan dan akan pulang semula pada hari Rabu minggu yang sama
Soalan:
Bolehkah saya melakukan solat Jamak dan Qasar (Zohor dan Asar) di tempat kerja terlebih dahulu sekiranya saya berniat perjalanan bermula dari tempat tinggal saya?
Jawapan
Tuan boleh solat jamak dan qasar (Zohor dan Asar) di tempat kerja kerana telah berniat musafir semasa keluar dari rumah pada hari tersebut.