BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

1# Boleh ke saya solat jamak hari-hari sebab jarak ketempat kerja lebih dari 100km.. 

2#kalau boleh jamak boleh tak buat balik rumah atau kena solat di tempat keja.. 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

1. Tuan boleh solat secara jamak hari-hari bagi jarak perjalanan ke tempat kerja yang melebihi 81km (2 marhalah).

2. Tuan hanya diharuskan untuk solat secara jamak semasa berada di tempat kerja atau sepanjang perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja. Tuan tidak diharuskan untuk melakukan solat secara jamak apabila telah sampai ke kawasan rumah tempat tuan tinggal (bermastautin).

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 118

message user image