BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz ataupun ustazah,

Saya nak bertanya, 

Boleh ke tidak kalau kita baca nama si mati dekat batu nisan orang lain?.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk pada persoalan saudari, hukum asal membaca nama si mati pada batu nisan orang lain adalah diharuskan kerana tidak ada dalil yang mengatakan perbuatan itu diharamkan. Ini berpandukan kaedah fiqah yang menyatakan :

الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم

Maksudnya: Hukum asal sesuatu perkara adalah diharuskan, sehingga datang dalil (yang menunjukkan) pengharamannya.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 265

message user image