Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum tuan....saya ingin bertanya tentang najis kucing... kucing suka kencing cara memancut terkenal dinding dan percikan nya terkena mozek...dan saya bersihkan menggunakan mop dari baldi...sy bilas sebanyak 2x...selepas itu saya bilas lagi dan mop di bahagian lain... tetapi air tidak cukup 2 kolah...adakah Ianya cukup suci...?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan:
Tindakan dengan menggunakan mop dari baldi yang mengandungi air bagi membersihkan najis (air kencing) kucing adalah tidak dianggap sebagai menyucikan najis dan ianya tidak sah. Cara yang betul bagi menyucikan tempat yang terkena najis adalah dengan membuang terlebih dahulu ain najis (air kencing kucing) tersebut dengan menggunakan tisu atau kain bersih sehingga hilang najis itu. Kemudian dialirkan/tuang air ke atas kawasan yang terkena najis itu sekadarnya dengan air mutlak, iaitu air itu mengalir di tempat terkena najis tadi, lalu dikeringkan kawasan tersebut dengan menggunakan kain atau mop bersih yang lain sehingga tiada kesan bau dan warna. Setelah proses itu dilakukan, maka kawasan yang terkena najis telah bersih dan suci daripada najis.
Sekian, terima kasih.