BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

Saya baru bela anak kucing. Kucing ni duduk di dlm rumah sahaja. Saya telah sediakan tempat berak berpasir yg sesuai. Kucing ni memang tak kencing atau berak di tempat lain. Cuma sy nak pastikan hukum jika selepas kucing ini kencing atau berak dia akan timbuskan pasir pd najisnya. Jadi perlu ke sy basuh dubur dan kakinya setiap kali dia membuang? Buat masa ini sy hanya lap dengan tisu basah. Dan apa hukumnya pula selepas kucing ini membuang dan setelah dilap, apa hukumnya pula kita peluk atau dia menggesel atau duduk di atas riba kita atau dia berkeliaran dia lantai rumah? Adakah dia masih dlm keadaan bernajis dan memindahkan najis ke lantai atau baju kita?  Sy khuatir jika ada air kencing atau najis yg masih terpalit pd bulu2 sekitar duburnya yg mungkin tak nampak. Atau sudah dikira suci kucing itu selepas dubur dan kakinya dilap dengan tisu basah? Adakah perkara ini akan menjejaskan kita utk mendirikan solat?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, secara umumnya, kucing merupakan binatang yang pandai menjaga kebersihan diri. Tidak menjadi suatu kemestian untuk membasuh dubur atau kaki kucing setiap kali kucing itu membuang air kecil atau besar. Melainkan sekiranya didapati dengan pasti terdapat najis atau air kencing pada kucing tersebut. Ini kerana terdapat sesetengah kucing yang mempunyai bulu yang panjang, akan terdapat kesan najis pada bahagian punggung atau belakang selepas ia berak. Ketika itu wajib untuk menyucikannya dengan cara membuang terlebih dahulu najis tersebut seperti lmengelapnya dengan tisu basah, lalu alirkan air mutlak ke atasnya sehingga hilang kesan bau, warna dan rasa. Adapun mengelap najis tersebut dengan tisu basah basah sahaja, tanpa mengalirkan air mutlak ke atasnya adalah tidak memadai atau tidak sah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 626

message user image