Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Contoh Situasi
Saya beli barang berharga RM3000 menggunakan kredit kad...
setelah amoun 3000 masuk dalam sistem bank, saya setup ansuran bulanan dengan bank selama 3 tahun dan dikenakan interest/profit 7% dari RM3000..
maka jumlah menjadi RM3210...
RM3210 akan dibahagi dengan 3 tahun dan setiap bulan saya perlu bayar dalam RM90
adakah transaksi ini berlaku riba?
semoga dapat membantu..terima kasih
Jawapan
Secara asasnya terdapat 2 jenis kad kredit yang berada dalam pasaran, iaitu:
Kad kredit yang dikeluarkan oleh perbankan Islamik adalah patuh syariah dan ianya tiada isu sekiranya bayar lewat atau menepati waktu kerana akadnya yang patuh syariah.
Maksudnya: Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
Perkara utama yang perlu diambil teliti adalah memastikan bahawa kad kredit yang dimiliki berasaskan syariah atau konvensional.
Berdasarkan penjelasan yang diberikan, seandainya perkhidmatan seperti itu disediakan oleh bank konvesional, maka lebihan tersebut merupakan riba. Ini kerana kontrak yang digunakan adalah kontrak hutang. Sebarang manfaat yang terhasil daripada hutang adalah dianggap sebagai riba. Ini berdasarkan kepada kaedah Fiqh:
Maksudnya: Setiap hutang yang mendatangkan manfaat/keuntungan, maka itu adalah riba.
Berbeza dengan perkhidmatan yang disediakan oleh perbankan Islam, akad yang digunakan adalah berbeza mengikut produk yang ditawarkan dan ianya telah mendapat persetujuan serta pengesahan daripada Jawatankuasa Penasihat Syariah bank berkenaan serta kelulusan daripada Jawatankuasa Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia. Perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan oleh tuan, sekiranya ditawarkan oleh perbankan Islam, maka ianya dibenarkan yang mana kebanyakkannya menggunakan kaedah tawarruq..
والله أعلم بالصواب