BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt. Saya ada persoalan mengenai permasalahan ketika solat. Adakah batal solat saya jika situasi begini:
Saya was was dengan sebutan saya dan ingin ulangi bacaan tersebut tetapi saya tidak sengaja berhenti di tempat yang tidak betul. Sebagai contoh, bismillahirrahmanirrahim dibaca bismillahirrah


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد      

Perbuatan menghentikan bacaan di tempat yang tidak sepatutnya seperti di tengah kalimah adalah satu kesalahan yang perlu dielakkan dan tidak sepatutnya berulang. Namun perkara tersebut tidak membatalkan solat. Bagi memastikan solat tersebut sah, maka wajib diulang semula bacaan surah al-Fatihah secara sempurna. Perbanyakkan doa, istighfar dan membaca surah an-Nas sebelum memulakan solat bagi mengelak was-was ketika solat.  

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 110

message user image