Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Bolehkan beramal dengan solawat munjiyat?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, Allah SWT dan Malaikat berselawat ke atas Nabi SAW. Oleh itu kita sebagai umat Islam juga digalakkan berselawat kepada Nabi SAW. Firman Allah SWT: Maksudnya : “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (al-Ahzab : 56) Selawat Munjiyat adalah antara beberapa selawat yang boleh diamalkan. Ia biasa menjadi mukaddimah bagi doa-doa yang diamalkan bagi orang perseorangan atau secara berjemaah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.