BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Salam Tuan maaf mengganggu.Saya nak bertanya apa hukum subscribe PandaPro atau Grab Unlimited.Kita membayar subscription fee sekian harga dan dapat discount, free delivery contohnya

 

Adakah ini termasuk dlm istilah kita membeli diskaun yang mana hukumnya haram?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد 

Secara umum, melanggan PandaPro atau Grab Unlimited yang mengenakan bayaran yuran tertentu bagi melayakkan diri untuk mendapat faedah tertentu seperti potongan harga khas, mendapat faedah pengantar secara percuma dan sebagainya dianggap menyamai dengan membeli kad diskaun.

Seandainya bayaran yuran yang dikenakan adalah minimum sebagai kos penyelenggaraan atau kos kad yang dikeluarkan, maka ia adalah diharuskan. Walaupun mungkin terdapat gharar atau ketidakpastiannya sama ada manfaat yang ditawarkan akan digunakan atau tidak, ia adalah gharar yang sedikit dan dimaafkan. Namun sekiranya bayaran yang dikenakan adalah besar dan pelanggan akan merasa kerugian sekiranya manfaat yang ditawarkan tidak dapat digunakan, pada masa yang sama syarikat kelihatan cuba mendapatkan keuntungan daripada bayaran yuran tersebut, maka program atau bayaran seperti itu adalah tidak dibenarkan menurut syarak.

Berdasarkan kepada penelitian kami, yuran yang dikena bagi melanggan PandaPro adalah RM4.90 sebulan, ia dianggap bayaran yang minimum. Tambahan pula, dengan membuat sekali pembelian atau pengantaraan secara percuma, iaitu antara manfaat yang ditawarkan, ia telah dapat menampung bayaran yuran yang telah dibayar. Berdasarkan kenyataan ini, melanggan PandaPro adalah diharuskan.  

والله أعلم بالصواب

 

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 71

message user image