BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Wr. Wb.

Apa hukum terima pampasan insurans daripada Skim Insurans Am Selangor (INSAN). Saya difahamkan INSAN ini adalah sikim insurans konvensional pada asalnya sebelum ditukarkan kepada takaful bagi orang islam.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan, Skim Insurans Am Selangor (INSAN) yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah inisiatif membantu rakyat negeri Selangor bagi mendapatkan perlindungan sekiranya berlaku musibah seperti kemalangan sehingga kecacatan kekal, meninggal dunia dan penyakit mengikut jenis. Skim ini terbuka kepada semua rakyat Negeri Selangor secara percuma tanpa perlu membayar caruman bulanan. Oleh yang demikian, faedah atau pampasan yang diterima daripada Skim INSAN ini tidak memberi kesan kepada syarak (harus untuk diterima) disebabkan rakyat negeri Selangor hanya menerima manfaat sahaja dan tiada caruman bulanan yang perlu dibayar. 

Namun, Kerajaan Negeri Selangor telah memaklumkan semua pemegang sijil INSAN sedia ada akan ditukarkan ke perlindungan takaful secara automatik setelah tamat tempoh perlindungan di bawah pelan konvensional. Begitu juga semua pendaftaran baru bermula 4 Ogos 2023 akan dicarumkan di bawah pelan takaful.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 193

message user image