BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assamualaikum, saya ada persoalan mengenai bab solat dan toharoh. Terdapat sisa makan dalam mulut saya ketika solat, saya pun meludahkan sisa tersebut ianya jatuh atas pakaian saya.

Soalan saya, apakah sisa makanan yang diludah adalah najis atau tidak? Sah tak solat saya dengan sisa makanan yang meletak pada pakaian tersebut?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد     

Sisa makanan yang ada dalam mulut sebaiknya dikeluarkan sebelum memulakan solat dengan cara berkumur dan bersiwak. Namun sekiranya sisa makanan terkeluar daripada celahan gigi atau mulut ketika solat, maka ia wajib dikeluarkan segera daripada mulut bagi mengelak batalnya solat sekiranya ia masuk ke dalam rongga (melepasi halqum). Sisa makanan bercampur air liur yang dikeluarkan adalah bukan najis dan tidak membatalkan solat apabila terkena pada pakaian. Cara terbaik mengeluarkan sisa makanan adalah dengan mengambilnya dengan jari tanpa melakukan tiga pergerakan besar secara berturut-turut.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 130

message user image