BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya telah mendapat hasil jualan sebuah rumah saya yang bernilai RM220,000.00. Oleh yang demikian, saya telah membuat bayaran zakat hasil menjual rumah iaitu sebanyak 2.5 peratus. Selepas daripada itu, baki tersebut saya telah membuat simpanan di dalam ASB dan mendapat dividen tahunan. Soalan saya, semasa saya ingin menggunakan duit keseluruhan di dalam asb itu, adakah pengiraan zakat simpanan saya dikira daripada 2.5 hasil dividen pada tahun tersebut ataupun dikirakan keseluruhan jumlah pengeluaran itu? ini kerana saya keliru hasil jualan rumah itu saya telah zakatkan pada awalnya, dan duit simpanan itu hasil daripada jualan rumah yang telah saya keluarkan zakat pada tahun sebelumnya.Mohon pencerahan.

Sekian, terima kasih


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله و بركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه الأجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, walaupun hasil jualan rumah itu telah dikeluarkan zakat, apabila ia disimpan di dalam mana-mana akaun simpanan atau akaun pelaburan, ia akan dikenakan zakat simpanan sekiranya memenuhi syarat wajib iaitu cukup di dalam simpanan selama setahun (haul) dari tarikh simpanan dan melebihi kadar nisab. Begitulah bagi setiap tahun berikutnya, seandainya jumlah simpanan tersebut (termasuk dividen) melebihi kadar nisab, maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

والله أعلم بالصواب

 

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 81

message user image