BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz,

Saya mahu bertanya lagi,

1. Apa maksud mimpi si mati menyuruh anaknya tiap-tiap pagi jumaat menziarahi kubur apa maksudnya?. 

2. Kalau mimpi si mati bercakap apa maksudnya?

Mohon pencerahan mufti/ustaz/ustazah.

Sekian terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, berdasarkan kepada mafhum hadis, mimpi itu terbahagi kepada tiga (3) sebagaimana yang diriwayatkan daripada ‘Auf bin Malik R.A, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الرُّؤْيَا ثَلاَثٌ : مِنْهَا أَهَاوِيلُ مِنَ الشَّيْطَانِ لِيَحْزُنَ بِهَا ابْنَ آدَمَ ، وَمِنْهَا مَا يَهُمُّ بِهِ الرَّجُلُ فِي يَقَظَتِهِ ، فَيَرَاهُ فِي مَنَامِهِ ، وَمِنْهَا جُزْءٌ مِنْ سِتَّةٍ وَأَرْبَعِينَ جُزْءًا مِنَ النُّبُوَّةِ

Maksudnya: Mimpi itu terbahagi kepada tiga: mimpi yang merupakan gangguan syaitan untuk meresahkan anak Adam, mimpi yang pada asalnya perkara yang difikirkan manusia ketika jaga lalu terbawa hingga ke dalam tidur, mimpi yang merupakan satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian. (Riwayat Ibnu Majah)

Selain itu, hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لَمْ يَبْقَ مِنْ مُبَشِّرَاتِ النُّبُوَّةِ إِلاَّ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ يَرَاهَا الْمُسْلِمُ أَوْ تُرَى لَهُ

Maksudnya: Tidak terdapat lagi berita-berita gembira tentang kenabian kecuali mimpi yang benar yang dialami oleh seorang muslim, atau diperlihatkan kepadanya (mimpi itu). (Riwayat Muslim)

Justeru itu, bagi mimpi yang baik boleh dikongsi (diceritakan) dengan orang yang baik atau alim. Sebaliknya jika buruk, bacalah ta’wuz sambil ludahkan (secara isyarat) kesebelah kiri ketika tersedar dari tidurnya/ mimpinya.

Kesimpulannya, seseorang yang mengamalkan perkara-perkara yang disunatkan dalam agama sebelum tidurnya, boleh menjadi asbab mendapat mimpi yang baik. Berhubung bermimpi berjumpa ibubapa yang telah meninggal dunia, jadilah anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada mereka. Semoga ibubapa dirahmati Allah dan diampunkan dosa-dosanya. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 278

message user image