BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum pihak mufti selangor..

Saya ada pertanyaan..

Sya bukan orang senang apatah lagi melibatkan air.. Kami ada dua sumber air iaitu air hujan dan air paip..ketika mana dalam hidup berjimat saya seringkali menggunakan air hujan..apa bila saya mengambil air wudhu .saya penuhkan air dahulu di dalam besen hingga penuh..kemudian saya mengambil air wudhu seperti mengosok tangan ,namun air tersebut saya sengaja sambut semula d dalam besen agar air di dalam besen tidak berkurang kerana saya ingin berjimat.. 

Jadi adakah wudhu saya sah atau tidak sah?

Terima kasih maklum balas nya nanti pihak dari pihak mufti..

Assalamualaikum 


message user image

Jawapan  

 .وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

 .الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Mengambil wuduk daripada besen, yang kandungan airnya kurang daripada 2 kolah, lalu membiarkan air dari wuduk itu masuk semula ke dalam besen tersebut, boleh menyebabkan air yang ada di dalam besen menjadi air musta'mal dan tidak boleh digunakan untuk bersuci seperti berwuduk. 

Apa yang tuan boleh lakukan adalah belajar untuk mengambil wuduk dengan cara yang paling menjimatkan air iaitu memadai dengan menggunakan satu gelas air atau kurang daripada itu. Caranya adalah dengan tuang air sedikit ke tapak tangan kanan dan meratakan ke muka sekali (wajib) atau tiga kali (sunat). Begitu juga ketika membasuh tangan, tuangkan sedikit air ke tapak tangan kanan dan tuangkannya ke tangan kiri dan ratakan sehingga ke siku. Begitu juga lakukan perkara yang sama untuk membasuh kaki. Kaedah lain yang boleh digunakan untuk menjimatkan air adalah berwuduk dengan menggunakan spray. Caranya adalah spray ke muka sehingga kelihatan air itu mengalir sedikit lalu ratakannya menggunakan tangan ke seluruh bahagian muka. Begitu juga ketika membasuh tangan dan kaki.

Tuan boleh menggunakan satu tapak tangan untuk menceduk air terus daripada besen, dengan niat menceduk air (bukan berniat membasuh tangan untuk berwuduk) selepas memastikan bahawa tangan tuan bersih dan suci dari najis. Kemudian lakukan seperti di atas.

Untuk pengetahuan tuan, rukun wuduk adalah:

1. Niat.

2. Membasuh (meratakan air) muka.

3. Membasuh dua tangan hingga siku.

4. Menyapu air di kepala.

5. Membasuh dua kaki hingga buku lali.

6. Tertib.

والله أعلم بالصواب

 

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 355

message user image