BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum , saya ingin bertanya mengenai najis hukmi . Di sini ada 2 keadaan 

 

1) kaki basah terpijak najis hukmi yg dh kering. Kemudian memakai kasut . Adakah tapak kasut dalam kasut dikira najis? adakah kasut dikira najis? 

2) persoalan  yg sama di atas tapi keadaan  kaki kering terpijak najis hukmi yg kering . kemudian pakai kasut adakah tapak kasut yg kaki pijak kira najis? 

 

sekian terima kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Pada asasnya najis adalah sesuatu yang kotor dan ianya wajib dibersihkan dan disucikan. Ini berdasarkan kepada umum perintah Nabi SAW untuk membersihkan air kencing seorang badwi yang terdapat di masjid Nabawi. Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

وَأَهْرِيقُوا عَلَى بَوْلِهِ ذَنُوبًا مِنْ مَاءٍ أَوْ سَجْلًا مِنْ مَاءٍ فَإِنَّمَا بُعِثْتُمْ مُيَسِّرِينَ وَلَمْ تُبْعَثُوا مُعَسِّرِينَ

Maksudnya: Siramkanlah kencing tersebut dengan sebaldi air atau sebekas besar yang penuh dengan air. Sesungguhnya kalian diutuskan untuk memudahkan dan kalian tidak diutuskan untuk menyusahkan. (Riwayat al-Bukhari)

Najis hukmi adalah najis yang telah hilang ain serta sifatnya seperti warna, bau dan rasa. Menurut mazhab Syafi'i, najis hukmi tidak boleh berpindah kenajisannya melainan dalam keadaan basah atau lembab.   

Merujuk kepada persoalan yang diajukan:

1) Kaki yang basah terpijak najis hukmi yang telah kering mengakibatkan kaki tersebut menjadi mutanajjis atau terkena najis kerana telah bersentuhan dengan najis hukmi. Maka tapak sebelah dalam kasut menjadi najis kerana berlaku perpindahan najis melalui tapak kaki yang telah memijak najis hukmi dalam keadaan basah. Kasut secara keseluruhan tidak bernajis, hanya kawasan yang dipijak sahaja yang bernajis dan perlu disucikan dengan dibasuh atau dialirkan air mutlak ke atas tempat yang terkena najis sekadarnya.

2) Kaki yang kering bersentuhan dengan najis hukmi yang kering tidak mengakibatkan kaki tersebut bernajis. Oleh itu, tapak kasut sebelah dalam yang dipijak turut tidak bernajis.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 2025

message user image