BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

assalamualaikum..saya nak bertanya tentang satu soalan.suami saya ada membeli gelang emas untuk simpanan modal perniagaannya dan dia bagi saya simpan dan pakai dahulu dan katanya kalau dia mati gelang tu akan jadi milik saya..soalannya, bolehkah buat macam tu? tak perlu faraid ke?itu dikira hibah ke? atau perlu buat wasiat yang sah dahulu atau ada saksi baru dikira hibah? saya takut terpakai atau terguna harta orang.terima kasih..harap dapat membantu dengan menjawab kekeliruan saya.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan; perbuatan suami memberi gelang emas semasa hidup sementara barang kemas tersebut dijadikan modal simpanan merupakan hanya pinjaman. 

Lafaz yang diungkapkan oleh suami menunjukkan penyerahan hak milik berlaku selepas kematian suami, menjadikannya suatu wasiat. Pelaksanaannya masih lagi tertakluk kepada hukum faraid di dalam Islam. Merujuk kepada Fatwa Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2, 2018 bersidang pada 20 April 2018 memutuskan bahawa:

“Sesuatu wasiat yang dibuat kepada seseorang waris hendaklah tidak berkuat kuasa sehingga diberi persetujuan oleh waris-warisnya selepas kematian pewasiat.”

Jika mendapat persetujuan hanya sebahagian daripada ahli waris, maka wasiat yang ditinggalkan hanya sah mengikut kadar ahli waris yang membenarkannya.

Oleh itu, dinasihatkan agar sebarang akad penyerahan hendaklah didokumentasikan dan datangkan saksi supaya pengesahan dapat dijalankan dengan baik di Mahkamah Syariah. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya pertikaian di kemudian hari.

Semoga Allah SWT memberi kefahaman yang baik kepada kita dalam mengamali dan menghayati agama-Nya. Amin

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 123

message user image