BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalam,

Saya ingin bersedekah. Adakah perlu saya dapatkan kebenaran daripada suami terlebih dahulu atau sebaliknya. Sedekah adalah dari wang gaji dan hasil titik peluh saya sendiri. Suami saya tidak memberikan wang kepada saya.

 

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Harus bagi seorang isteri untuk bersedekah menggunakan wang hasil daripada usahanya sendiri tanpa keizinan suami. Namun, untuk menjaga kerukunan di dalam rumahtangga adalah baik untuk meminta izin daripada suami. 

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 130

message user image