Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
salam ust, sy ada basuh baju yg terkena najis dengan sabun ( basuhan tangan ) dan selepas baju tersebut kering sy dapati ada kesan tompokan sabun td pada baju tersebut.. perlu ke sy basuh semula ataupun sudah dikira suci dari najis.. terima kasih ust
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan tuan, baju yang terkena najis setelah dibasuh sehingga hilang warna, bau dan rasa najis tersebut, maka baju tersebut telah bersih dan suci daripada najis. Kesan tompokan sabun pada baju yang telah kering tidak bernajis dan dihukumkan sebagai suci daripada najis.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.