BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya tentang hal sertu.Sewaktu kecil saya pernah membelai kepala seekor anjing dan saya tidak menyertu tangan saya.saya tidak pasti sekiranya tangan saya ketika itu kering ataupun basah.Kejadian ini berlaku sudah lama dan saya telah pun menjadi seorang remaja.

Persoalannya, perlukah saya sertu tangan saya walaupun kejadian itu sudah bertahun lamanya dan adakah segala ibadat saya selama ini tidak diterima?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan dari pihak tuan, perkara tersebut telah pun berlaku pada waktu tuan kecil dahulu dan telah lama berlalu. Sehubungan itu, tidak timbul lagi isu berkaitan najis dan juga tidak perlu lagi untuk disertu. Ibadah yang telah dilakukan sebelum ini adalah sah dan tidak perlu diqada'. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 176

message user image