BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Saya merupakan dropship di shopee, pembeli ada membeli barang Di kedai saya dengan berharga RM 125 ( termasuk dgn kos penghantaran), kemudian saya membeli barang tersebut daripada penjual dengan harga RM 110 ( tidak termasuk dengan Kos penghantaran kerana saya mempunyai baucer penghantaran percuma untuk membeli barang pembeli tadi), kemudian barang yang saya beli dari penjual Akan terus Di hantar kepada pembeli Di kedai saya. Daripada hasil jual beli tadi saya ada mendapat keuntungan dari hasil jual barang dan Kos penghantaran. Oleh it, apakah hukum menggunakan baucer tersebut untuk mendapat keuntungan daripada Kos penghantaran tersebut?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

Hukum menggunakan baucer tersebut untuk mendapat keuntungan daripada kos penghantaran tersebut adalah harus selama tidak mengandungi unsur-unsur yang menyalahi syarak seperti riba, gharar, rasuah dan penipuan. Bahkan ia juga adalah bentuk-bentuk manfaat yang sememangnya diberikan oleh syarikat shoppe kepada pelanggannya. Justeru itu, jual beli yang berlangsung adalah dihukumkan sebagai harus dan terhindar daripada sebarang perkara yang meragukan.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 140

message user image