BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya adalah ibu kepada 3 orang anak lelaki, 11, 10 dan 4 tahun dan belum diakikahkan. 1. Bolehkah seorang ibu mengakikahkan anak-anak lelakinya kerana saya difahamkan akikah adalah tanggungan bapa dan datuk kanak-kanak tersebut. Bapa dan datuk belum mampu untuk mengakikahkan mereka. 2. Sekiranya boleh ibu mengakikahkan anak-anak lelakinya, bolehkah saya akikahkan 1 ekor kambing sahaja bagi setiap seorang orang anak-anak lelaki saya tersebut kerana saya tidak mampu mengakikahkan mereka dengan 2 ekor kambing setiap seorang. 3. Saya sendiri belum pernah diakikahkan oleh bapa saya kerana bapa saya tidak mampu. Adakah akikah saya sendiri atau anak yang perlu didahulukan. Sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, 1. Boleh, dan dipersetujui oleh bapanya. 2. Boleh. Puan boleh mengakikah anak lelaki dengan seekor kambing setiap seorang. 3. Puan boleh akikahkan anak-anak terlebih dahulu kerana anak-anak adalah tanggung jawab ibu bapanya sebelum mereka dewasa. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 174

message user image