Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalaimualaikum,
Saya nak bertanya.Anak kencing atas tilam Dan seluar nya memang basah .sy basuh cadar Nye Dan siram air ditilam spt divideo seorg ustaz diutube.Soaln sy tilam tidak kering elok ( sudah dibiarkan semlm tpi msh belum kering ) Dan suami sy sudah baring Dan mngatakan rasa basah.Adakah najis telan berpindah ke badan suami sy.dan dia pula telah duduk n sentuh merata .Adakah ksluruhn rumah Kami najis?
Sy amat bunti Dan resah fikir hal ini tmbah2 ank dlm proses potty training.semua bnda sy Rasa nk basuh sampaikan barang elektronik pun dibasuhnya.Rasa spt penyakit pula .jika tidak dibuat rasa spt anxiety
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Najis ‘aini ialah najis yang kelihatan dan ada sifat-sifatnya sama ada bau, warna atau rasa. Cara membersihkannya ialah dengan membuang atau menghilangkan ain najis tersebut kemudian mengalirkan air sehingga hilang semua sifat-sifat tersebut (bau, warna dan rasa). Sekiranya najis tersebut dapat dihilangkan bersama sifat-sifatnya dengan sekali basuhan sahaja, ia sudah mencukupi. Akan tetapi sunat untuk dia membasuhnya pada kali kedua dan ketiga.
Sekiranya najis itu tidak dapat dihilangkan dengan sekali basuhan, maka wajib membasuhnya kali kedua. Dan sekiranya masih belum lagi hilang, wajib membasuhnya buat kali ketiga. Sekiranya najis itu masih belum lagi dapat dihilangkan sifat-sifatnya dengan tiga kali basuhan bersama bahan bantuan seperti sabun dan lain-lain, maka keadaan ini dinamakan sebagai keadaan yang susah (حالة التعسر) dan ia termasuk dalam perkara yang dimaafkan.
Merujuk kepada persoalan puan, setelah membasuh tilam seperti yang ditetapkan dalam kaedah membersihkan najis mutawasittah, maka apa-apa air yang mungkin terserap di dalam tilam semasa proses pembersihan adalah dimaafkan. Basuhan di bahagian luar sahaja sudah mencukupi. Oleh itu, tilam tersebut telah bersih dan suci daripada najis, badan suami tidak menjadi najis sebab kesan basahan daripada tilam tersebut.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.