BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum 

Saya selalu travel selepas solat jumaat dengan bas. 

Saya tinggal & solat jumaat di kawasan rumah saya iaitu di Cyberjaya. Jadi saya tidak boleh jamak di masjid tersebut. 

Adakah saya boleh jamak takdim di Terminal Bas Bandar Tasik Selatan (TBS)? Selalunya bas saya sebelum asar. Saya bimbang kalau bas tidak berhenti di mana-mana hentian untuk solat asar. 

Terima kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Sebaik sahaja saudara keluar dari kawasan rumah untuk tujuan travel, maka saudara dikira telah bermusafir. Justeru, saudara boleh solat jamak takdim di Terminal Bas Bandar Tasik Selatan (TBS) terlebih dahulu sebelum menaiki bas. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 78

message user image