BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalaimualaikum,

Dahulu sebelum berkahwin sy duduk menyewa Dalam rumah sewa semua bujang .selepas habis kontrak Kami dikehendaki keluar .owner mahu rumah dikosongkn Dan bersih.Jadi sy mngambil barang yg tidak tahu kepunyaan siapa cth lesung Batu yg menumbuk sambal tu.apakah hukumnye.Rumah ITU sudah bertahun dibuat sewa dlm 4@5 org satu rumah Dan selalu bertukar orang.jadi byk BRG dapur terutamanya tidak tahu kepunyaan siapa.Lesung ITU kalau tidak diambil akan dibuang jadi rugi dekat situ.jadi sy ambil guna sampai sekarang.Adakah berdosa .Dan bagaimana sy nk tebus kesalahan ITU sbb BRG ITU bukan kepunyaan Kami yg menyewa sekali tetapi kepunyaan org sewa sblum ni yg tidak tahu duduk mana .sy juga tidak mngenalinye


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Secara umumnya adalah menjadi kebiasaan dalam perkongsian rumah sewa ada dalam kalangan penyewa akan menginfakkan harta atau mewakafkan apa-apa barangan untuk kegunaan bersama seperti rak baju, meja, kerusi dan lesung atau barang-barang lain. Juga menjadi kebiasaan penghuni rumah sewa secara kongsi akan bertukar penyewanya apabila ada ahli atau penyewa yang berpindah keluar. Oleh itu, harus menggunakan peralatan yang telah ditinggalkan di rumah sewa yang tidak diketahui pemiliknya yang sebenar kerana jika tidak digunakan barangan tersebut berisiko untuk rosak serta tidak dapat diambil manfaat daripadanya yang boleh mengakibatkan pembaziran. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 133

message user image