Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum
saya ingin membuat pertanyaan dan penjelasan berkenaan dengan Iddah kematian suami.
boleh ke seorang isteri menghadiri majlis convocation dalam tempoh iddah dan mengadakan majlis keraian seperti harijadi?
sekian terima kasih
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan saudara, bagi seorang balu yang berada dalam iddah kematian suami pada asasnya dibenarkan untuk keluar jika terdapat keadaan yang mendesak atau darurat seperti pergi bekerja, mencari nafkah untuk kelangsungan hidupnya atau mendapatkan rawatan di hospital dengan menjaga adab dan pergaulannya. Kebenaran ini hanya pada siang hari sahaja. Tidak dibenarkan keluar pada waktu malam.
Adapun menghadiri konvokesyen atau mengadakan majlis keraian harijadi bukanlah suatu keadaan yang darurat.
والله أعلم بالصواب