BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalammualaikum,

Saya telah diganggu setahun yang lalu oleh seorang bukan islam kemudian dia dipenjarakan sehingga kami bertemu untuk bicara di dalam mahkamah tetapi dia ingin menyelesaikan kes ini diluar mahkamah dengan cara memberikan saya duit, 

Adakah boleh untuk diambil jika ambil bolehkah menggunakan untuk membeli makanan?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

Menerima wang pampasan daripada seseorang di atas kesalahan yang dilakukannya terhadap seseorang yang lain adalah diharuskan. Ia dianggap sebagai sulh atau perdamaian yang digalakkan di dalam Islam. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Nisa' ayat 128:

وَالصُّلْحُ خَيْرٌ

Maksudnya: Dan sulh (perdamaian) itu lebih baik.

Di dalam satu hadis yang diriwayatkan daripada Amru bin Auf RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

الصُّلْحُ جَائِزٌ بَيْنَ المُسْلِمِينَ، إِلَّا صُلْحًا حَرَّمَ حَلَالًا، أَوْ أَحَلَّ حَرَامًا

Makdsudnya: Sulh (perdamaian) hukumnya adalah harus di antara orang Islam melainkan menjadi haram jika ianya mengharamkan apa yang dihalalkan dan menghalalkan apa yang diharamkan. (Riwayat al-Tirmizi)

Walaupun hadis di atas mengkhususkan sulh di antara orang Islam, namun ia tidak menghalang untuk melakukan perdamaian dengan orang bukan Islam, berdasarkan keumuman ayat al-Quran di atas, selama perdamaian itu tidak mengharamkan apa yang halal atau menghalalkan apa yang haram.

Oleh itu, adalah harus kepada tuan untuk menerima wang pampasan daripada orang bukan Islam yang telah melakukan kesalahan atau kezaliman terhadap. Tuan boleh menggunakan wang tersebut untuk sebarang keperluan termasuk makan dan minum.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 144

message user image