BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan/Puan,

Saya ada persoalan mengenai hukum jual beli. Sebelum itu saya akan menjelaskan situasinya terlebih dahulu. Sebuah akaun perisian A dijual dengan harga RM10 sebulan di laman web rasmi, namun di aplikasi jualan seperti Shopee di mana ia bukan datang dari penjual rasmi perisian tersebut dan berharga jauh lebih murah seperti RM2 sahaja dan tempoh milik akaun tersebut jauh lebih lama. Apakah hukum jual beli tersebut dan adakah berdosa jika mendapatkan alternatif yang lebih murah? 
 

Terima kasih, semoga tuan/puan sudi meneliti masalah yang dihadapi saya ini.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته        

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, sekiranya jualan di Shopee dilakukan oleh pihak pengeluar sendiri atau oleh pihak lain dengan keizinan rasmi daripada pengeluar perisian tersebut, maka harus membeli perisian di platform Shopee walaupun dengan harga yang jauh lebih murah. Namun, sekiranya ia dilakukan oleh pihak lain tanpa keizinan pengeluar, maka haram untuk membelinya. Sekiranya tidak pasti sama ada kebenaran tersebut telah diperolehi atau sebaliknya, maka hendaklah berpegang kepada pilihan yang lebih yakin iaitu membeli di laman web rasmi pengeluar.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 149

message user image