BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan : Boleh saya dapatkan penjelasan dan kajian terperinci tentang fatwa berkenaan ilmu hakiat hassan bin jonid.

Saya perlukan penjelasan yang sejelas- jelasnya Kenapa dan mengapa ajaran ilmu hakikat hassan bin jonid ini difatwakan sesat kerana saya perlu mengamalkan ajaran islam yg sebenar- benarnya disisi Allah dan rasulnya.

Diharapkan pihak tuan dapat memberikan penjelasan atau berhubung terus dengan saya..

Terima kasih

 

 


message user image

Jawapan  

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه

Merujuk kepada persoalan saudara, berdasarkan keputusjan fatwa negeri Selangor yang telah diwartakan pada 24 September 1998. Mesyuarat telah memutuskan bahawa: 

(1) Ajaran dan amalan Ilmu Hakikat Hassan b. Jonit didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.

(2) Orang-orang Islam yang telah mengambil ijazah dan mengamalkan Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wata’alla.

(3) Antara ciri-ciri ajaran itu:

   (a) Mendakwa:

          (i) Bertemu Allah.

          (ii) Bertemu Nabi Muhammad dan pertemuan itu menghasilkan hadis Qudsi.

         (iii) Orang yang berdahi hitam tanda bela jin.

        (iv) Nampak imam seperti khinzir jika solat buka mata.

   (b) Menolak adanya hari kiamat.

   (c) Beliau adalah wakil guru seluruh dunia yang telah diijazahkan oleh Rasulullah S.A.W. dan datang dari Luh Mahfuz yang          dilantik ke bumi iaitu Baladil Amin.

   (d) Menyalah tafsir Al-Quran.

   (e) Mandi wajib hanya celup jari.

   (f) Melarang berdoa untuk orang lain.

   (g) Mencabar Pihak Berkuasa Agama.

 Sehubungan itu, mana-mana individu, kumpulan atau pertubuhan yang mengingkari, melanggar atau mempertikai fatwa adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali. 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 79

message user image