Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum w.b.t
Saya ingin bertanya mengenai wuduk untuk bersolat.
Setelah selesai mengambil wuduk saya perasan ada tahi mata yangbbasah di mata saya. Adakah wuduk tersebut sah?
Terima kasih.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Wuduk saudari adalah sah. Ini adalah kerana pada kebiasaannya tahi mata itu adalah sedikit dan ia dimaafkan.
والله أعلم بالصواب