BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Adakah hukum surau jumaat sama dengan surau atau masjid?

Bagaimanakah dengan majlis ilmu yang diadakan di surau jumaat? Adakah wanita haid dibenarkan duduk di dalam nya?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, Surau kebenaran Jumaat tidak menepati takrifan sebuah masjid berdasarkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Walaupun surau tersebut mendapat kebenaran untuk melaksanakan solat Jumaat, namun ia  tidak termasuk dalam kategori masjid. Oleh yang demikian, surau Kebenaran Solat Jumaat tidak sama tarafnya seperti masjid dan ia boleh dihadiri oleh wanita haid dan orang yang berjunub. Sebagai maklumat tambahan, tidak sah solat sunat Tahiyatul Masjid dan Iktikaf di mana-mana surau termasuk Surau Kebenaran Jumaat.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 187

message user image