BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Saya mempunyai teman wanita warga negara asing dan kami merancang untuk berkahwin di Malaysia. Teman wanita saya masih belajar jadi ibu bapanya berharap agar urusan kahwin dari segi dokumen ditangguhkan tetapi hanya menjalankan majlis perkahwinan sekarang. Majlis itu akan didatangi oleh dua-dua pihak. Bolehkah kami menjalankan majlis perkahwinan tetapi menangguh pendaftaran kahwin dari segi dokumen? Adakah ianya sah?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hukum perkahwinan adalah apabila cukup syarat maka sah pernikahan tersebut. Sebaiknya buat permohonan mengikut prosedur perkahwinan negara tersebut supaya tidak akan dikenakan tindakan mahkamah atas kesalahan pernikahan tanpa kebenaran. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 89

message user image