BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum SS Tuan Mufti,

Saya ingin bertanya tentang model perniagaan secara langganan (subscription) seperti di bawah, saya menjalankan syarikat servis kereta secara rumah-ke-rumah (mobile) dan berhasrat memperkenalkan model langganan (subscription) secara pra-bayar (pre-paid) atau bayaran secara ansuran;

Contohnya saya memperkenalkan Pakej Basic Servis Proton = RM930 setahun. Jadi dalam tempoh setahun ini, apabila tiba 10,000km atau 6-bulan, kami akan pergi dan servis kereta pelanggan. Boleh jadi ada pelanggan yang akan servis 2x setahun, ada yang 3x setahun mengikut penggunaan kereta mereka tetapi harga tetap sama, RM930 dengan syarat tiba 10,000km atau 6-bulan. Pembayaran boleh dilakukan secara penuh upfront ketika melanggan, atau secara potongan kad kredit atau online payment setiap bulan.

Adakah apa-apa permasalahan yang berkaitan dengan hukum tentang model perniagaan sebegini. Saya dahului ucapan terima kasih, semoga Allah membalas segala kebaikan SS Tuan Mufti.

 

Ahmad Zhafri


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Salah satu daripada syarat sah sesuatu akad jual beli atau sewaan termasuk upah terhadap sesuatu perkhidmatan adalah tidak terdapat unsur gharar atau ketidakpastian. Berdasarkan Merujuk kepada model pakej yang ditawarkan, ia terdapat gharar, iaitu ketidakpastian pada jumlah servis yang pelanggan akan perolehi sama ada 2 atau 3 kali, atau mungkin lebih bergantung kepada penggunaan kereta. Ini menjadikan pakej yang ditawarkan adalah tidak patuh syarak.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 125

message user image