BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya ada kemusykilan berkenaan dengan mandi wajib..

Malam semalam saya berhadas besar Dan keesokan harinya saya tidak sempat mandi wajib kerana saya terbangun lambat Dan terpaksa ke hospital untuk membuat rawatan dialisis.

Bolehkah saya mandi wajib selepas pulang Dari rawatan tetapi tangan saya yang mempunyai "Fistula" ( tempat keluar masuk darah untuk di cuci) tidak dapat kena air kerana telah ditutup dengan plaster agar tidak keluar darah.

Kebiasaanya plaster itu akan di buka pada keesokkan paginya kerana darah itu akan tetap keluar jika saya buka pada hari yang sama

Saya berharap Jabatan Mufti Negeri Selangor dapat menyelesaikan persoalan yang bermain di minda saya ini kerana saya berasa susah hati bila hendak melakukan solat bila memikirkan sah atau tidak mandi wajib saya ini

Sekian terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, boleh menangguhkan mandi wajib tersebut, namun ia tidak boleh dilengahkan sehingga luput kewajipan solat fardhu. Adapun kaedah mandi wajib bagi situasi tuan, mandi seperti biasa meratakan air keseluruh anggota badan kecuali di kawasan berbalut cukup sekadar menyapu air ke atas balutan tersebut tanpa merosakkan balutan luka. Adapun solat yang tidak tertunai disebabkan kelewatan mandi wajib hendaklah diqada'kan (diganti).

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 45

message user image