Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Di sini saya ingin bertanya kepada pihak mufti Selangor satu soalan. Apakah hukum mencukur dan memendekkan janggut? Terutamanya dalam mazhab Shafie.
Terima kasih atas jawapan yang bakal diberikan.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Hukum berkaitan mencukur janggut ini merupakan satu permasalahan yang menjadi khilaf yang muktabar dalam kalangan ulamak. Dan menurut kesepakatan ulamak, bahawa memelihara janggut adalah dituntut oleh syarak. Ini kerana terdapat hadis yang warid tentangnya, antaranya: Hadis Ibn Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda :
خَالِفُوا الْمُشْرِكِينَ وَفِّرُوا اللِّحَى وَأَحْفُوا الشَّوَارِبَ
Maksudnya: Selisihilah orang-orang musyrik, peliharalah janggut dan potonglah misai. (Riwayat al-Bukhari)
Oleh yang demikian, pandangan mazhab Shafii adalah yang paling asah menyatakan bahawa hukum mencukur janggut adalah makruh. Ini kerana menyimpan janggut secara terurus merupakan sunnah Nabi SAW dan juga tuntutan syarak. Makruh ini merupakan perbuatan tidak berdosa jika melakukannya. Ada pun memotong atau memendekkan janggut yang panjang agar janggut itu kemas, rapi dan terurus maka ia adalah suatu perbuatan yang baik.
والله أعلم بالصواب