BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

Tuan,

Saya ada pertanyaan berkaitan penggunaan simbol salib di sekolah mission.. Isu ini agak tular pada masa ini di Muka Buku, dimana sebuah sekolah mission di Pulau L meletakkan lambang salib di setiap pintu kelas dan di dewan. Hasil bacaan saya, saya dapati bahawa Mission School di Borneo adalah sekolah bantuan penuh KPM.. Pada pandangan pihak tuan, adakah wajar lambang itu diturunkan dan apakah pula hukum guru² dan murid² muslim yang bersekolah disana jika lambang masih tergantung.. Komen² netizen non muslim mengganggu emosi saya kerana ada yang menyatakan "silalah angkat kaki dari sekolah ini", "dengan salib pun nak takut", sedangkan yang telah menyumbang tenaga menabur ilmu adalah guru² muslim yang dihalau itu..

Terima kasih, tuan..


message user image

Jawapan  

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan; secara umumnya seorang Islam diharuskan bekerja di sekolah Non-Muslim sekiranya tidak terlibat secara langsung dalam perkara yang menjurus ke arah kemaksiatan dan terlibat secara langsung dalam dakyah memperkembangkan syiar agama lain. Ini juga peluang untuk berdakwah dengan menunjukkan akhlak dan sikap yang baik sebagai seorang Muslim. Mudah-mudahan ada dalam kalangan pelajar, warga kerja dan penduduk yang terbuka untuk mempelajari Islam pada masa akan datang.

Berkenaan tanda salib yang digantungkan di pintu kelas dan dewan tidak dapat dinafikan tanda tersebut merupakan tanda utama yang melambangkan Mission school yang berlatarbelakangkan ajaran Kristian sejak sekian lama. Persoalan wajar atau tidak lambang tersebut diturunkan hendaklah merujuk pihak berautoriti Pendidikan dalam hal ini kerana melibatkan sensitiviti agama dan keharmonian Masyarakat setempat. Dicadangkan untuk mengambil tindakan harmoni melalui perbincangan yang baik antara pihak pentadbiran sekolah supaya pertelingkahan dapat dielakkan.

Semoga Allah SWT memberi kefahaman yang baik kepada kita dalam mengamali dan menghayati agama-Nya. Amin

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 152

message user image