Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wbt
soalan saya : bolehkah wanita yang haid berada dalam bilik kuliah dalam masjid
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Wanita yang sedang haid boleh berada dalam bilik kuliah di masjid kerana bilik kuliah tidak termasuk dalam kawasan batas suci sebagaimana ruang solat utama atau zon larangan bagi wanita haid, kerana bilik kuliah biasanya digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran ilmu yang dianjurkan oleh pihak masjid.
والله أعلم بالصواب