BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

assalamualaikum.. saya nak bertanya apakah jatuh talak apabila suami sya cakap "awak pergi laa balik rumah mak awak bawak semua barang dan dduk ngan mak awak" melalui whatsapp.. masatu kami sedang bergaduh dlam whatsapp.. dan selepas itu dia hantar sya ke rumah mak sya tapi barang2 sya tak bawak dan dalam brapa hari kami berbaik semula.. mohon perjelasan apakah hukum dan apakah jatuh talak ? mohon balas kerana hati sya tidak tenang sbb sya ada bada brapa2 di media sosial pasal talak kias


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Ucapan suami kepada isteri: "awak pergi la balik rumah mak awak bawak semua barang dan duduk dengan mak awak" adalah merupakan ucapan kinayah (lafaz yang tidak sorih), perkataan tersebut boleh membawa pelbagai maksud yang lain selain maksud talak, mungkin boleh membawa maksud semata-mata balik rumah ibu bapa untuk bertenang, atau berpisah sementara bagi meredakan konflik yang berlaku dan sebagainya. Oleh yang demikian jatuh talak atau tidak lafaz kinayah tersebut, adalah  bergantung kepada niat suami. Seandainya suami berniat talak, maka jatuhlah talak. Seandainya suami tidak berniat talak, maka talak tidak berlaku.

Walau bagaimanapun, seandainya puan masih meragui perkara tersebut adalah disyorkan agar puan merujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap perkara tersebut dalam kadar yang segera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) 2003 di bawah Seksyen 57, memandangkan urusan pengesahan perceraian adalah merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 155

message user image