BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Adakah membawa dan menanggung kos bapa menjalankan ibadah umrah bolehkah dikira sebagai menunaikan zakat?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tidak boleh memberi zakat kepada orang yang di bawah tanggungan nafkah, seperti memberi zakat kepada anak ke bawah iaitu cucu, ayah dan ke atas iaitu datuk dan juga kepada isteri. Ini kerana jika mereka susah, mereka sepatutnya menerima nafkah, bukannya zakat. Oleh yang demikian, membawa dan menanggung kos bapa menjalankan ibadah umrah tidak boleh dikira sebagai menunaikan zakat. Sebab bapa merupakan golongan yang berada di bawah tanggungan nafkah anaknya. Adapun, jika bapa bukan di bawah tanggungan nafkahnya, maka perlu dipastikan sama ada bapanya adalah salah seorang asnaf yang lapan atau bukan, sebelum membayar zakat kepada mereka. Sepatutnya zakat dibayar kepada asnaf melalui Lembaga Zakat Selangor. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 77

message user image