Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya tentang hal sertu.Saya mendapati ada kesan air liur anjing pada tangga rumah saya.Saya mengalirkan air sekadar cukup untuk menghilangkan kesan air liur itu namun saya tidak menyertu tangga itu.Saya menggunakan penarik air getah untuk menolak sisa-sisa air yang tidak mengalir.Beberapa hari kemudian saya memulakan proses menyertu tangga itu namun saya tidak menyertu penarik air getah itu dan saya terus menggunakannya untuk menolak sisa air sewaktu mencuci lantai dapur.
Persoalannya, adakah saya perlu menyertu penarik air getah itu walaupun tiada kesan dan adakah saya perlu menyertu lantai dapur rumah saya sekiranya saya tidak menyertu penarik air getah itu?
Terima kasih dan mohon maaf sekiranya terlalu panjang.
Jawapan
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, tuan tidak perlu menyertu penarik air getah tersebut. Oleh itu, tuan tidak perlu menyertu lantai dapur.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.