BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ada satu soalan. Adik saya telah memesan makanan secara atas talian melalui aplikasi foodpanda tetapi menerima makanan yang lain dan tidak dapat menghubungi penghantar makanan foodpanda tersebut. Apakah hukum makanan tersebut? Adakah ia boleh dimakan atau tidak? Barakallahu fiikum


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, berdasarkan kepada terma dan syarat yang kami dapati di dalam laman sesawang rasmi syarikat Grabfood seperti yang dilampirkan, kami dapati bahawa pelanggan diberi hak untuk mendapatkan refund daripada pihak syarikat Grabfood. Sewajarnya pelanggan memastikan terlebih dahulu makanan yang disampaikan sama sebagaimana pesanan. Seandainya berbeza, maka serahkan dan maklumkan kepada penghantar lalu mohonlah refund

Walau bagaimanapun, atas sebab tertentu, jika penghantar telah pun pergi dan sukar baginya untuk datang kembali bila dihubungi, dan dikhuatiri makanan akan rosak atau basi, maka diharuskan kepada pelanggan untuk memakannya dengan niat bersedia untuk membayar harga makanan itu jika diminta oleh pemilik makanan tersebut. Ini adalah kerana Islam melarang daripada pembaziran.

Oleh yang demikian, tuan boleh merujuk laman web https://help.grab.com/merchant/ms-my/360044824152-Panduan-Bayaran-Balik-GrabFood-Rakan-Niaga untuk tindakan lanjut.

 

.والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 51

message user image