BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Assalammualaikum datuk,

Saya nk tanya adakah ianya merupakan judi sekiranya saya membuat perniagaan nombor ekor tetapi selepas tempoh masa tententu misalnya 10 tahun. Mereka yang bertaruh itu akan boleh menebus semula wang mereka beserta dividen. Sekian terima kasih. Mintak dirahsiakan soalan saya.

Sent from my iPhone


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

Perbuatan menjalankan perniagaan nombor ekor adalah merupakan satu perniagaan yang berunsurkan perjudian bahkan ditegah dalam agama Islam. Pengharaman judi ini jelas dinyatakan dalam al-Quran berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah ayat ke 90:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ‎

Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan, oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Oleh itu, sekiranya tuan bercadang menjalankan perniagaan tersebut sekalipun ia menjanjikan wang tebusan dan pulangan dividen selepasa 10 tahun, maka ia tetap dihukumkan sebagai judi kerana matlamat tidak menghalalkan cara. Justeru itu, tuan dinasihatkan agar menjalankan perniagaan yang bebas daripada sebarang unsur-unsur perjudian dan gharar kerana keberkatan rezeki hanya diperoleh melalui jalan-jalan yang diredhai Allah SWT.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 141

message user image