Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
SURAU A & SURAU B HANYA BERJARAK LEBIH KURANG 100 METER ANTARA KEDUANYA. ( DUA TAMAN PERUMAHAN YANG BERBEZA).KEDUA DUA SURAU MEMPUNYAI SISTEM PEMBESAR SUARA YANG BAGUS. SAYA PASTI JEMAAH DARI KEDUA DUA SURAU AKAN SANGAT JELAS MENDENGAR AZAN DARI KEDUA DUA SURAU, MALAHAN JUGA DARI SURAU JIRAN MEREKA YANG LAGI SATU.(AGAK JAUH SEDIKIT TETAPI MASIH JUGA KEDENGARAN. PADA KEBIASAAN BILAL DI SURAU A AKAN MELAUNGKAN AZAN DENGAN LEBIH PANJANG DAN PERLAHAN.(BOLEH DIKATAKAN HAMPIR MENYAMAI DUA KALI AZAN SURAU B.
SOALAN : 1. BOLEHKAN JEMAAH DI SURAU B MELAKSANAKAN SOLAT FARDHU SEDANGKAN KETIKA ITU MASIH SANGAT JELAS BERKUMANDANG SUARA AZAN DARI BILAL DI SURAU A.?
2. ADAKAH WAJAR AZAN DILAUNGKAN DENGAN NADA KUAT DAN LANTANG DAN MENGGUNAKAN SISTEM PEMBESAR SUARA.?
3. SETELAH TEGURAN DEMI TEGURAN KEPADA AJK SURAU KERANA KESALAHAN BACAAN, JUGA MEMBIARKAN KANAK2 MELAUNGKAN AZAN (BERMAIN MAIN) TIDAK DIENDAHKAN.APAKAH LAGI YANG PERLU DI LAKUKAN. OLEH PENDUDUK SETEMPAT?
4. ADAKAH MENJADI KESALAHAN JIKA KEDUA DUA SURAU BERGILIR GILIR (DENGAN BERJADUAL ) UNTUK MELAUNGKAN AZAN.DEMI MENGELAKAN PERTEMBUNGAN AZAN YANG AGAK MENGGANGGU
TERIMA KASIH
Jawapan
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد
Berikut adalah jawapan kepada soalan yang diajukan.
1. Jemaah di surau B boleh memulakan solat fardu dan sah hukumnya walaupun azan sedang berkumandang dari surau A dengan syarat waktu solat telah pun masuk.
2. Azan sunat dilaungkan dan dikumandangkan secara kuat bagi memberi maklum kepada masyarakat bahawa telah masuk waktu solat. Alat pembesar suara adalah kemudahan yang digunakan bagi mencapai tujuan tersebut.
3. Salah satu cara yang boleh digunakan adalah dengan meningkatkan kawalan PA sistem di surau supaya tidak mudah digunakan oleh kanak-kanak. Aduan juga boleh dipanjangkan kepada pihak Pejabatan Agama Islam berkaitan kesalahan dalam bacaan.
4. Sunat dilaungkan azan apabila ingin memulakan solat fardu lebih-lebih lagi di setiap tempat yang didirikan padanya solat fardu secara berjamaah. Penggiliran azan adalah tidak bertepatan dengan pensyariatan azan menurut Hukum Syarak..
والله أعلم بالصواب