Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya ada soalan. Apa hukum memakai minyak wangi secara berlebih-lebihan ketika solat?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, sunat berwangian ketika mendirikan solat. Akan tetapi makruh sekiranya berlebih-lebihan sehingga boleh mengganggu khusyuk kepada jemaah lain. Ia juga boleh dianggap sebagai suatu pembaziran sedangkan Islam menyarankan umatnya untuk bersederhana di dalam kebanyakkan keadaan.
Sekian, terima kasih.