BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Boleh kita berpuasa di hari kita dilahirkan?

Contohnya, saya dilahirkan pada hari ahad. saya pun berpuasa pada hari ulang tahun kelahiran saya iaitu pada hari ahad.

Sebab saya pernah mendengar

Sebab puasa sunat hari isnin, Nabi Muhammad S.A.W. lahir pada hari isnin. ustaz tu kata kita boleh berpuasa pada hari kita dilahirkan:

 


message user image

Jawapan  

 .وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

 .الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Puasa sunat adalah salah satu ibadah yang dilakukan untuk meningkatkan pengabdian diri kepada Allah SWT mengikut peraturan, melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya, sebagaimana yang ditetapkan di dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Kepatuhan ini hendaklah dilakukan secara berterusan setiap masa hingga ke akhir hayat.  

Merujuk kepada persoalan tuan, rujukan mendapati tidak ada dalil khusus yang menyatakan tentang galakkan berpuasa pada hari kelahiran kita, tetapi jika ianya dilakukan tidaklah menjadi kesalahan apatah lagi jika ianya jatuh pada hari Isnin, hari Khamis atau pada hari putih iaitu pada 13,14 dan 15 haribulan dalam kalendar Islam dengan niat berpuasa sunat hari Isnin, hari Khamis. atau hari putih, kerana ianya juga salah satu bentuk syukur kepada Allah SWT. 

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW mengambil berat tentang berpuasa pada hari Isnin dan khamis. (Riwayat al-Tirmizi)

Oleh yang demikian, berpuasa sunat  pada hari isnin dan khamis adalah lebih baik daripada berpuasa pada hari kelahiran daripada melaksanakan puasa hari kelahiran yang tidak mempunyai dalil yang qati'e serta terdapat banyak kelebihan sekiranya diamalkan. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

تُعْرَضُ الأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ، فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Maksudnya: Semua amalan dipersembahkan pada hari isnin dan khamis, maka aku lebih suka amalanku dipersembahkan ketika aku sedang berpuasa. (Riwayat al-Tirmizi) .

 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 130

message user image