BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

As-slm Mufti... Saya dapat info yang mengatakan sekiranya wanita mengalami masalah keputihan berterusan... Wuduknya hanya sah untuk satu waktu solat fardu sahaja dan beberapa solat sunat... Soalan saya... Adakah wajib  ambil wuduk semula sekiranya ingin melakukan qada' solat fardu selepas solat fardu? Terima kasih...


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله و بركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه الأجمعين أما بعد

Keputihan yang keluar dari faraj wanita adalah najis dan ia membatalkan wuduk. Wanita yang mengalami masalah keluar keputihan berterusan hukumnya seperti wanita istihadah yang sentiasa dalam keadaan berhadas atau disebut sebagai daim al-hadath. Kaedah serta hukum wuduk bagi wanita yang menghadapi masalah ini adalah seperi berikut:  

  • Membasuh faraj daripada najis keputihan.
  • Memakai tuala wanita bagi menghalang cecair keputihan daripada mengalir keluar.
  • Mengambil wuduk setelah masuk waktu solat.
  • Wuduk yang diambil hanya sah untuk satu waktu solat fardu dan beberapa solat sunat.

Merujuk kepada soalan yang diajukan, solat qada' bagi menggantikan solat fardu mengambil hukum yang sama, iaitu seperti menunaikan solat fardu. Oleh itu, untuk melakukan solat qada' selepas menunaikan solat fardu, puan perlu membasuh faraj, mengganti tuala wanita dan mengambil wuduk.  

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2023
Jumlah Pelawat : 264

message user image